Malaysia
Disyaki berkhalwat dalam pantri, dua penjawat awam ditahan

Dua penjawat awam yang juga kakitangan Kementerian Kesihatan ditahan selepas disyaki berkhalwat di sebuah pantri pejabat di Wisma Kerajaan, Kelantan, kira-kira jam 4 petang.
Menurut laporan, lelaki dan wanita berkenaan dipercayai berdua-duaan di dalam pantri dengan pintu berkunci, menyebabkan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan terpaksa membuka pintu secara paksa.
Selepas pintu dibuka, salah seorang daripada mereka cuba melarikan diri ke bilik pejabatnya, namun tindakan itu disedari anggota penguat kuasa yang berada di lokasi.
Difahamkan, pasangan berkenaan sering masuk ke pantri bersama tanpa alasan jelas sejak kira-kira tiga bulan lalu dan perkara itu turut diperhatikan kakitangan lain.




