Malaysia

Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu

Pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada Isnin.

Perceraian berlaku atas persetujuan kedua-dua pihak dan dikendalikan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Kamal dan Uqasha berkahwin pada 5 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.

Perkahwinan mereka sebelum ini dilaporkan mengalami keretakan termasuk isu pergolakan rumah tangga yang tular pada Oktober 2025 apabila Uqasha memfailkan cerai atas alasan tiada persefahaman.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker