Malaysia

Persoalan terjawab, laporan RCI Tabung Haji dibentang minggu depan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan dijangka membentangkan laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) pada minggu depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan laporan berkenaan akan didedahkan kepada umum selepas kerajaan meneliti prosedur berkaitan bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

RCI Tabung Haji ditubuhkan bagi menyiasat isu berkaitan pengurusan dan dakwaan penjualan aset strategik agensi itu, khususnya melibatkan tempoh sebelum ini.

Kerajaan sebelum ini menangguhkan pendedahan laporan kerana bimbang ia boleh menjejaskan keyakinan pendeposit ketika proses pemulihan TH sedang berjalan.

Namun, Datuk Seri Anwar berkata kedudukan Tabung Haji kini lebih kukuh dan rakyat berhak mengetahui hasil siasatan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker