Malaysia

Myvi curi tumpuan apabila pintas Lamborghini dalam video tular

Sebuah Perodua Myvi sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas video tular menunjukkan kereta itu mengeluarkan api dari ekzos ketika memecut keluar dari sebuah plaza tol.

Dalam video tersebut, beberapa kereta mewah termasuk Lamborghini dilihat memecut dan menghasilkan ‘afterfire’ dari ekzos mereka. Namun, perhatian ramai beralih kepada sebuah Myvi yang turut mengeluarkan api sebelum memotong kenderaan lain.

Lokasi sebenar rakaman itu masih belum dapat dipastikan. Video tersebut mula tular ketika Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 sedang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), yang menampilkan pelbagai kereta mewah, kereta konsep dan teknologi mobiliti terkini.

Netizen berkata walau sepantas mana sesebuah kereta, pasti ada Myvi yang lebih laju.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker