Malaysia

Lebih 13000 jawatan doktor kosong, termasuk 1,660 jawatan pakar

Sebanyak 13,072 jawatan doktor di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih kosong setakat 30 Jun tahun ini, termasuk 1,660 jawatan doktor pakar dan 11,412 jawatan doktor bukan pakar.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menerusi jawapan bertulis di Parlimen, semalam.

Beliau turut mendedahkan seramai 3,510 pegawai perubatan meletak jawatan antara 2024 hingga 2026.

Jumlah itu melibatkan 1,252 doktor tetap dan 2,258 doktor kontrak.

Daripada jumlah berkenaan, 51.4 peratus beralih ke sektor swasta, manakala 36.8 peratus berhenti atas sebab peribadi.

Selain itu, 4.5 peratus menyertai badan berkanun, 2.9 peratus bekerja atau menetap di luar negara, 2.6 peratus berhenti atas faktor kesihatan dan 1.5 peratus melanjutkan pengajian.

Sebanyak 0.3 peratus pula memilih untuk membuka klinik sendiri.

Dzulkefly turut memaklumkan lapan doktor pakar telah meletak jawatan atau berhijrah ke luar negara.

Bagi menangani kekurangan tenaga kerja, kerajaan telah menawarkan 4,500 jawatan tetap kepada doktor kontrak pada tahun ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah memberikan kuasa kepada KKM untuk mengurus dan mengagihkan jawatan yang diluluskan bagi mempercepat proses pengambilan doktor.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker