Malaysia
Pemandu MPV tendang pesara di Kajang direman

Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai memukul dan mengugut seorang pesara berusia 69 tahun susulan kemalangan kecil di Batu 9 Cheras.
Kejadian berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex itu tular menerusi video memaparkan suspek menendang dan memukul mangsa yang masih berada di tempat duduk pemandu, selain memaki hamun dan mengeluarkan ugutan.
Polis Daerah Kajang menerima laporan daripada mangsa pada petang kejadian sebelum menahan suspek, lelaki tempatan berusia 52 tahun, di Kajang pada malam sama.
Suspek direman dua hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah.




