Lebih 800,000 pelajar daftar Darjah 1, Tingkatan 1 tahun ini

Lebih 800,000 murid mendaftar bagi Darjah 1 dan Tingkatan 1 sempena sesi persekolahan tahun ini, melibatkan kira-kira 442,000 murid Darjah 1 dan hampir 400,000 murid Tingkatan 1.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan jumlah besar itu menuntut perhatian serius terhadap kebajikan, keselamatan dan kualiti pendidikan, termasuk keperluan infrastruktur, tenaga pengajar serta persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Dalam masa sama, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 bagi setiap murid telah mula disalurkan bermula hari pertama sekolah sebagai komitmen kerajaan bagi meringankan beban ibu bapa.
KPM turut menegaskan aspek keselamatan murid menjadi keutamaan dengan pelaksanaan Child Protection Policy di semua sekolah, selain meneruskan usaha menangani keciciran pelajar melalui kerjasama sekolah, ibu bapa dan komuniti.




