Malaysia
50 syarikat disenarai hitam isu sisa elektronik di Port Klang

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) akan menyenarai hitam 50 syarikat yang didapati mengimport sisa elektronik (e-waste) secara haram melalui Port Klang, Selangor.
Komander MCBA Port Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata 31 syarikat adalah syarikat palsu, manakala 19 lagi merupakan syarikat sah. Semua syarikat terbabit tidak lagi dibenarkan berurusan dengan Jabatan Kastam.
Setakat ini, sebanyak 143 kontena mengandungi kira-kira 3,060 tan sisa elektronik telah dikeluarkan, manakala operasi diteruskan bagi mengendalikan ratusan lagi kontena yang



