Malaysia

Pelajar 13 tahun cedera parah, jatuh dari bangunan sekolah

Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun cedera parah selepas terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Kulim, Kedah, pada Ahad lalu, 4 Oktober.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 petang ketika waktu rehat.

Menurut laporan, seorang guru lelaki kemudian menemui mangsa dalam keadaan masih sedar dan boleh bercakap sebelum membawanya ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.

Dari temubual, mangsa memaklumkan kepada polis bahawa dia mengalami tekanan berkaitan prestasi akademik dan peperiksaan yang dijadualkan minggu depan. Pelajar itu juga dikatakan bimbang tidak dapat memenuhi harapan ibu bapanya.

Polis kini menjalankan siasatan bagi mengetahui keadaan sebenar yang menyebabkan kejadian itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker