Dunia

Greta Thunberg enggan ulas dakwaan diseksa Israel, gesa dunia tumpu penderitaan rakyat Gaza

Aktivis alam sekitar Sweden, Greta Thunberg enggan untuk mengulas lanjut mengenai dakwaan dirinya diseksa tentera Israel ketika ditahan selepas menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza baru-baru ini.

Memetik laporan Reuters, beliau sebaliknya menegaskan perhatian seharusnya diberikan kepada penderitaan rakyat Palestin di wilayah itu.

Thunberg sebelum ini mendakwa dia dan ratusan sukarelawan lain ditahan serta diseksa di penjara Israel selepas kapal flotila mereka dipintas ketika dalam perjalanan membawa bantuan ke Gaza.

Aktivis berusia 22 tahun itu merupakan antara 478 individu yang ditahan sebelum dihantar pulang ke Sweden pada Isnin.

Beliau turut mendakwa kerajaan Sweden gagal memberikan bantuan mencukupi semasa tempoh tahanan.

Ia selepas kerajaan itu menyatakan sudah memberi sokongan konsular dan berulang kali menasihatkan rakyatnya supaya tidak memasuki Gaza.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker