Pengguna tak lagi masuk butik jenama mewah, 40% pengguna pilih barang murah di outlet

Butik jenama mewah semakin hilang tarikan apabila pengguna kini lebih cenderung membeli barangan berjenama di outlet berikutan harga yang dianggap tidak lagi setimpal dengan nilai.
Menurut laporan The Financial Times, sepanjang 2025, sekitar 35 hingga 40 peratus barangan mewah dijual pada harga diskaun, meningkat sekurang-kurangnya lima mata peratus berbanding sedekad lalu.
Trend diskaun yang semakin meluas ini menekan keuntungan industri, dengan margin keuntungan jatuh ke paras terendah dalam tempoh 15 tahun, tidak termasuk era pandemik.
Pada masa sama, margin keuntungan operasi purata industri dijangka merosot kepada sekitar 15 hingga 16 peratus pada 2025, berbanding paras tertinggi 23 peratus sebelum ini, didorong kos yang meningkat dan pasaran yang semakin perlahan.



