Malaysia

Nama Punithan disebut sebagai pemangku Presiden PN

Punithan, Presiden Parti MIPP, dilaporkan berkemungkinan dilantik sebagai pemangku Presiden Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan tersebut.

Menurut sumber, jika pengunduran Muhyiddin diterima oleh Majlis Tertinggi, Majlis Kepresidenan PN yang dianggotai ketua parti komponen akan bersidang bagi menentukan kepimpinan seterusnya.

Bagaimanapun, memandangkan kemungkinan berlaku persaingan antara PAS dan Bersatu untuk jawatan Presiden PN, gabungan itu bercadang melantik pemangku presiden sementara bagi memastikan kelancaran pentadbiran.

Sumber memaklumkan, sekiranya calon neutral dipilih, Punithan dilihat sebagai pilihan utama parti-parti gabungan, dengan sokongan PAS dan Bersatu, meskipun Gerakan turut dikatakan berminat.

Muhyiddin dijangka pulang ke tanah air pada 5 Januari, selepas itu Majlis Kepresidenan PN dijangka mengadakan mesyuarat bagi memuktamadkan keputusan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker