Malaysia

“Setiap hari 1,000 orang datang” – AJK Masjid At-Taqwa TTDI nafi dakwaan boikot

Seorang Ahli Jawatankuasa Masjid At-Taqwa TTDI, Agil Faisal Ahmad Fadzil menafikan dakwaan bahawa masjid itu diboikot sepanjang Ramadan.

Menurutnya, kehadiran jemaah untuk berbuka puasa mencecah kira-kira 1,000 orang setiap hari sejak awal Ramadan, sekali gus menolak dakwaan masjid lengang seperti yang tular di media sosial.

Beliau turut memuat naik gambar suasana iftar yang menunjukkan kehadiran ramai.

Bagaimanapun, beliau mengakui mungkin terdapat isu layanan kurang mesra yang dibangkitkan sebelum ini, namun menyifatkannya sebagai kes lama atau pengalaman terdahulu.

Pihak masjid memaklumkan akan meneliti aduan jemaah dan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Terdahulu, tular hantaran di media sosial mendakwa masjid berkenaan berdepan boikot susulan dakwaan layanan kasar terhadap jemaah termasuk warga emas, selain gambar menunjukkan ruang solat didakwa kosong menjelang waktu berbuka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker