Dunia

Pesawat Boeing ditemui selepas hilang 13 tahun

Sebuah pesawat milik Air India yang “hilang” selama 13 tahun akhirnya ditemui di Lapangan Terbang Kolkata, namun syarikat penerbangan itu terpaksa membayar denda parkir hampir 10 juta rupee.

Air India mengakui pesawat Boeing 737-200 berkenaan tercicir daripada rekod syarikat sejak 2012, dipercayai akibat pertukaran kakitangan dan kelemahan pengurusan dokumentasi.

Kewujudan pesawat itu hanya disedari selepas pihak lapangan terbang meminta ia dialihkan pada November lalu.

Audit dalaman mengesahkan pesawat sepanjang 30 meter itu memang milik Air India, walaupun pada awalnya syarikat menafikan pemilikan berkenaan.

Pesawat berusia 43 tahun itu kini dipindahkan ke Bengaluru untuk digunakan sebagai bahan latihan kru penyelenggaraan pesawat.

Pengalihan pesawat ini menjadi yang ke-14 dibersihkan dari kawasan terpencil Lapangan Terbang Kolkata dalam tempoh lima tahun, dengan dua lagi pesawat terbiar masih belum dituntut.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker