Malaysia
Bunyi letupan kuat dan taburan paku gempar penduduk pangsapuri di Nilai

Satu letupan mengejutkan penduduk di kawasan tempat letak kenderaan pangsapuri Desa Palma, Nilai, awal pagi tadi.
Polis menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.30 pagi sebelum bergegas ke lokasi dan menemui banyak paku bertaburan di atas jalan serta beberapa kenderaan rosak akibat serpihan letupan di salah satu blok pangsapuri.
Pasukan bomba turut dipanggil bagi membantu siasatan dan mengawal keadaan. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti objek yang meletup serta suspek terlibat.
Setakat ini, kes belum diklasifikasikan dan polis Negeri Sembilan dijangka mengeluarkan maklumat lanjut selepas siasatan awal selesai.




