Malaysia

Kerajaan gagal tunjuk pelan jelas hadapi risiko krisis global – Muhyiddin

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan perutusan khas Perdana Menteri semalam gagal meyakinkan bahawa kerajaan mempunyai pelan jelas dan segera untuk berdepan kemungkinan kegawatan global.

Menurutnya, sebagai ekonomi terbuka, Malaysia terdedah kepada kenaikan harga minyak, gangguan rantaian bekalan dan tekanan inflasi, tetapi langkah seperti penyelarasan BUDI95 dan kawalan diesel dilihat tidak menangani isu asas keterjaminan tenaga.

Muhyiddin menegaskan kerajaan perlu lebih telus dengan data dan strategi jelas merangkumi jangka pendek, sederhana dan panjang, termasuk segera mengaktifkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) serta mempertimbang pakej rangsangan bagi melindungi sektor kritikal dan PMKS.

Katanya, rakyat memerlukan kepastian dan tindakan konkrit, bukan pendekatan yang masih di peringkat pertimbangan, bagi mengelakkan tekanan kos sara hidup terus meningkat dan keyakinan pasaran terjejas.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker