Malaysia

Sekolah ditutup jika suhu melebihi 37°C tiga hari

Pihak pentadbir boleh menutup operasi sekolah sekiranya suhu melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Beliau memaklumkan garis panduan itu telah ditetapkan Kementerian Pendidikan sejak 2023 dan boleh dilaksanakan jika cuaca panas serta kering semakin serius.

Selain itu, semua aktiviti luar perlu dihentikan sementara jika suhu berada antara 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sama.

Aktiviti terlibat termasuk merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan, permainan luar dan pertanian.

Pentadbir sekolah, termasuk pengetua dan guru besar, serta Pejabat Pendidikan Daerah turut diarahkan memantau status suhu harian bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar terjamin.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker