Malaysia

Malaysia tidak akan hantar pulang 5,000 Rohingya jika nyawa mereka terancam – Fahmi

Malaysia tidak akan menghantar pulang mana-mana pelarian Rohingya ke Myanmar sekiranya mereka berdepan risiko dizalimi atau nyawa terancam, kata Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, kerajaan menerusi Wisma Putra akan meneliti aspek keselamatan serta mengenal pasti 5,000 pelarian yang terlibat sebelum sebarang proses penghantaran pulang dilaksanakan.

Menurut Fahmi, kerajaan junta Myanmar sebelum ini menyatakan kesediaan menerima semula 5,000 pelarian tersebut, namun Malaysia masih perlu meneliti kriteria yang ditetapkan sebelum keputusan dibuat.

Beliau turut menjelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil maklum bahawa penghantaran pulang tidak boleh dilakukan sekiranya keselamatan atau nyawa pelarian berkenaan terancam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker