Malaysia
LRT3 Shah Alam percuma sebulan bermula esok – PM

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan perkhidmatan LRT3 Laluan Shah Alam akan diberikan secara percuma selama sebulan bermula 29 Jun.
Laluan sepanjang 37.8 kilometer itu menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia dan kini sudah siap sepenuhnya untuk beroperasi. Projek ini dirasmikan hari ini oleh Perdana Menteri sendiri.
Menurut kerajaan, pembukaan laluan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk di sepanjang jajaran LRT3.




