Malaysia

Lesen pemandu Grab cuba raba penumpang di JB dibatal serta-merta

Kementerian Pengangkutan membatalkan serta-merta Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) seorang pemandu e-panggilan yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap penumpang wanita di Johor Bahru.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan itu, sekali gus melarang pemandu berkenaan beroperasi di semua platform.

Kementerian melalui APAD turut akan memanggil semua pengendali e-panggilan termasuk Grab bagi membentangkan pelan penambahbaikan keselamatan penumpang.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat memaklumkan polis sedang mengesan pemandu terbabit susulan video tular yang menunjukkan lelaki itu cuba menyentuh mangsa serta mengeluarkan kata-kata tidak senonoh.

Grab memohon maaf dan sedang menghubungi penumpang berkenaan untuk siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker