Malaysia

Acara tidur sesama lelaki perempuan di di Perak cetus ikhtilat – Mufti Perak

Jabatan Mufti Negeri Perak menzahirkan kebimbangan terhadap penganjuran acara ‘Tidur Lambak’ oleh Tapir Studio yang berpotensi mencetuskan ikhtilat, iaitu percampuran terbuka antara lelaki dan perempuan bukan mahram hingga boleh bercanggah dengan hukum syarak.

Program dua hari bermula 27 Mac itu berkonsepkan tidur beramai-ramai secara santai, diinspirasikan daripada suasana pulang ke kampung dalam budaya masyarakat Malaysia.

Antara risiko dikenal pasti termasuk pendedahan aurat, sentuhan bukan mahram dan kesukaran menjaga pandangan.

Sehubungan itu, penganjur disaran memperhalusi pelaksanaan program dan merujuk pihak berkuasa agama bagi memastikan ia mematuhi garis panduan syarak serta nilai masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker