Malaysia

Dua wakil MPPWP Wangsa Maju diarah letak jawatan, kes disiasat polis

Dua individu daripada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Wangsa Maju diarahkan melepaskan jawatan serta-merta susulan video tular mengaitkan mereka dengan dakwaan meminta wang perlindungan daripada sebuah premis perniagaan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan Parti Keadilan Rakyat, Azman Abidin, memaklumkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Biro Politik bagi memberi laluan kepada siasatan polis dan siasatan dalaman parti.

Jawatankuasa Disiplin PKR turut diarahkan menjalankan siasatan menyeluruh dengan laporan dijangka dalam masa terdekat. Pada masa sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur disaran memperketat pemantauan terhadap aktiviti pusat urut di Wangsa Maju bagi memastikan pematuhan undang-undang.

Video tular sebelum ini memaparkan dua individu terbabit didakwa meminta wang perlindungan daripada sebuah premis perniagaan di ibu negara.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker