Proton X70 MC3 dilancarkan, harga RM99,800 kini jadi SUV segmen C paling mampu milik

Proton X70 baharu dilancarkan dengan harga serendah RM99,800 selepas rebat RM7,000 sempena pelancaran untuk 1,500 pelanggan terawal sehingga 31 Mac.
Tanpa rebat, harga ditetapkan pada RM106,800 bagi varian Executive dan RM119,800 untuk Premium.
SUV ini ditawarkan dalam dua varian sahaja iaitu Executive dan Premium. Varian Premium selepas rebat dijual pada harga RM112,800, termasuk pakej aksesori pelancaran.
X70 kini menggunakan enjin 1.5 liter turbo empat silinder baharu yang lebih senyap, lebih lancar dan lebih jimat bahan api berbanding enjin sebelum ini, digandingkan dengan transmisi tujuh kelajuan.
Varian Executive dilengkapi rim 18 inci, tempat duduk pemandu elektrik, kamera 360 darjah dan pintu belakang berkuasa, manakala Premium menambah rim 19 inci, tempat duduk penumpang elektrik dan pencahayaan ambien.




