Malaysia

Malaysia kuat kuasakan undang-undang baharu media sosial mulai hari ini

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Malaysia hari ini menguatkuasakan undang-undang baharu yang melarang individu bawah 16 tahun membuka akaun media sosial baharu.

Di bawah peraturan MCMC menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian 2025, pengguna berusia 16 tahun ke atas perlu mengesahkan umur menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad, pasport atau MyDigital ID.

Pengguna sedia ada juga diwajibkan mengesahkan identiti, dengan akaun berisiko digantung atau ditamatkan jika gagal berbuat demikian.

Pengiklan turut perlu mengesahkan identiti sebelum menyiarkan iklan berbayar.

Syarikat media sosial yang tidak mematuhi peraturan ini boleh didenda sehingga RM10 juta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker