Malaysia

BUDI95 Kekal 200 Liter Sebulan; MoF Nafi Dakwaan Pengurangan

PUTRAJAYA, 1 Jun — Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan bahawa kuota bulanan bagi skim subsidi BUDI95 telah dikurangkan kepada 150 liter seperti yang tular sebelum ini.

Menurut kenyataan MoF hari ini, kuota bulanan kekal pada 200 liter bagi semua pengguna yang layak di bawah skim tersebut.

Kementerian itu menjelaskan bahawa kekeliruan berlaku akibat gangguan teknikal semasa kerja penyelenggaraan sistem pada jam 11 malam semalam, yang menyebabkan paparan sementara menunjukkan angka 150 liter kepada sebahagian pengguna.

Isu tersebut telah dikenal pasti dan diperbetulkan sepenuhnya, kata kementerian berkenaan.

Bagi bulan Jun ini, semua penerima layak akan terus menikmati kuota 200 liter seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

MoF turut menegaskan bahawa kerajaan komited memastikan subsidi bersasar bahan api disalurkan kepada golongan yang layak secara berterusan dan teratur.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker