Malaysia
CEO GISBH, 12 lelaki dipenjara setahun 3 bulan

Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali, bersama 12 lelaki lain dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah menganggotai pertubuhan menyalahi undang-undang.
Isteri Nasiruddin dan lapan wanita lain pula masing-masing dikenakan denda RM4,500 atas kesalahan sama.
Kesemua 22 tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menjadi anggota GISBH, yang beroperasi secara menyalahi undang-undang di Bandar Country Homes, Rawang antara Oktober 2020 hingga September 2024.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000.




