Malaysia
Potong gaji Menteri mungkin dipertimbang – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan mungkin mempertimbangkan pengurangan gaji menteri sekiranya ketidaktentuan ekonomi semasa berterusan.
Tiada halangan untuk langkah itu dilaksanakan, namun prestasi kerja kekal menjadi keutamaan utama dalam penilaian terhadap anggota pentadbiran.
Tambah beliau, gaji disifatkan sebagai hak menteri selagi mereka menjalankan tugas dengan baik, namun pengurangan boleh dipertimbangkan sekiranya keadaan ekonomi menjadi lebih mencabar.
Kenyataan itu disampaikan selepas solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya hari ini.



