Malaysia
Ribut Tropika Senyar semakin lemah, namun hujan dijangka berterusan

Ribut Tropika Senyar dilaporkan terus melemah selepas mendarat di antara Banting dan Port Dickson sekitar jam 1 pagi tadi, namun keadaan cuaca dijangka masih basah apabila sistem yang semakin lemah itu bergerak merentasi daratan menuju Pahang.
Walaupun ribut tersebut hampir hilang sepenuhnya selepas memasuki kawasan darat, peredarannya masih cukup untuk membawa hujan berselang-seli di beberapa kawasan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa pemantauan rapi terhadap sistem tekanan rendah itu akan diteruskan, dan sebarang perkembangan baharu akan dimaklumkan kepada orang ramai.
Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan bersiap sedia menghadapi hujan berterusan sepanjang tempoh ini.




