Malaysia

Bekas pemandu bas pangku wanita dipenjara setahun, kekasih penjara 6 bulan

Bekas pemandu bas ekspres, Arif Fahmi Abd Salam, 36, dipenjara setahun manakala kekasihnya, Nur Adila Najwa Ilham Ameerrullah, 21, dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Jasin selepas mengaku bersalah memandu secara berbahaya sambil aksi memangku.

Mahkamah turut mengenakan denda RM5,000 terhadap kedua-duanya, dengan tambahan penjara dua bulan jika gagal bayar, selain hilang kelayakan lesen memandu selama lima tahun.

Kesalahan dilakukan pada 12 April lalu di susur keluar R&R Bemban, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, yang turut membahayakan 27 penumpang dalam bas berkenaan.

Dalam prosiding sama, Nur Adila turut didenda RM100 kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang penumpang.

Kes disabitkan di hadapan Majistret Mazana Sinin mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker