Malaysia

2,724 pelajar dijangkiti influenza, 34 MRSM jalankan PdPR

KUALA LUMPUR:
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengarahkan 34 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) berikutan penularan wabak influenza dalam kalangan pelajar.

Langkah proaktif itu diambil selepas setiap MRSM terbabit merekodkan lebih 50 kes influenza.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata setakat ini seramai 2,724 pelajar MRSM di seluruh negara disahkan dijangkiti.

“Sejak wabak ini bermula, semua pengetua MRSM telah diarahkan mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan pelajar.
Antaranya, memberikan rawatan perubatan segera kepada mereka yang bergejala, mengasingkan pelajar dijangkiti daripada yang sihat serta memastikan pemakaian pelitup muka,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata MARA turut mengarahkan sekolah menyediakan bekalan air mencukupi, menangguhkan semua aktiviti luar, serta berkoordinasi rapat dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau turut menyeru orang ramai mendoakan kesembuhan pelajar-pelajar asrama termasuk di MRSM seluruh negara yang terjejas akibat wabak influenza ini.

Sebelum ini, KKM melaporkan 97 kluster jangkitan Influenza A dan B pada Minggu Epidemik ke-40 tahun ini, meningkat ketara berbanding 14 kluster minggu sebelumnya — majoritinya melibatkan institusi pendidikan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker