Malaysia

Didakwa langgar mati pejalan kaki di Kuchai Lama, Rapid Bus gantung tugas pemandu van

Pemandu van Rapid KL On-Demand digantung tugas serta-merta selepas didakwa melanggar seorang pejalan kaki hingga maut dalam kejadian di Jalan Kuchai Maju pada 14 September lalu.

Rapid Bus Sdn Bhd memaklumkan pihaknya memberi kerjasama penuh kepada siasatan polis, selain meneliti semula prosedur operasi dalaman bagi meningkatkan tahap keselamatan perkhidmatan.

Syarikat itu turut menzahirkan simpati kepada keluarga mangsa dan menegaskan keselamatan pengguna jalan raya serta orang awam kekal menjadi keutamaan.

Terdahulu, sebuah portal atas talian melaporkan mangsa berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Insiden yang berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari Ahad itu menyaksikan mangsa diseret lebih 10 meter selepas dilanggar.

Polis Trafik Kuala Lumpur mengesahkan kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker