Penumpang kelas perniagaan Batik Air dapat diskaun 25% untuk KLIA Ekspres

Batik Air kini bekerjasama dengan Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) bagi menawarkan kemudahan lebih eksklusif kepada penumpang kelas perniagaannya.
Tawaran itu menjadikannya satu-satunya syarikat penerbangan yang memberi tambang istimewa KLIA Ekspres kepada pengguna kelas perniagaan.
Melalui kerjasama ini, penumpang yang membeli tiket Batik Air Business Class Flexi boleh menikmati diskaun sehingga 25% untuk perjalanan KLIA Ekspres antara KL Sentral dan KLIA.
Selain itu, Business Class Flexi turut menawarkan kelebihan seperti daftar masuk keutamaan, elaun bagasi lebih banyak, penjadualan semula fleksibel dan akses ke lounge eksklusif.
Penumpang juga boleh daftar masuk terus di KL Sentral, termasuk urusan drop bagasi dan pengambilan pas masuk, sebelum menaiki KLIA Ekspres ke lapangan terbang.
Langkah ini menyokong usaha meningkatkan keselesaan perjalanan terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan pengalaman perjalanan lebih lancar dan premium dari bandar ke lapangan terbang.




