Malaysia
158,000 suami pilih pindahkan caruman wajib ke akaun KWSP isteri

Seramai 158,000 suami kini menyertai program i-Sayang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membolehkan pemindahan 2 peratus daripada caruman wajib (syer pekerja) ke akaun KWSP isteri.
Menurut Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak ia dilancar pada Mac 2023 hingga Ogos 2025, sebanyak RM309.4 juta telah dipindahkan melalui program ini.
Kerajaan turut meneruskan usaha memperkukuh simpanan persaraan rakyat, termasuk menaikkan insentif padanan i-Saraan kepada 20 peratus dengan maksimum RM500 setahun dan had seumur hidup RM5,000.
Tambah Anwar, pelbagai langkah dan inisiatif telah, sedang dan akan dilakukan bagi menggalakkan rakyat Malaysia yang mempunyai akaun KWSP untuk mencukupkan simpanan persaraan mereka.




