RM9.5 juta bukan ‘kaw tim’, tapi upah hentikan tekanan mafia korporat – Victor Chin

Di sebalik kontroversi bayaran RM9.5 juta, ahli perniagaan Victor Chin Boon Long menegaskan wang itu bukan untuk melindungi mana-mana pihak atau menghentikan siasatan.
Sebaliknya, beliau mendakwa bayaran tersebut dibuat dalam keadaan terdesak sebagai “yuran perkhidmatan” bagi menghentikan tekanan daripada kumpulan yang disifatkan sebagai mafia korporat.
Kumpulan itu didakwa menyasarkan dirinya serta individu di sekelilingnya, termasuk rakan perniagaan dan kenalan.
Menurutnya, lebih 500 akaun individu berkaitan turut dibekukan, menyebabkan gaji tidak dapat dibayar dan komitmen kewangan terganggu.
Victor berkata, bayaran dibuat bagi melindungi pihak terlibat dan menghentikan tekanan berterusan, sambil menegaskan tafsiran lain terhadap bayaran itu adalah tidak tepat.
Dalam masa sama, beliau menyokong siasatan bebas termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk merungkai perkara sebenar secara menyeluruh.




