Malaysia
Bersatu disaran keluar PN bersama Gerakan dan MIPP

Bersatu disaran meninggalkan Perikatan Nasional (PN) bersama Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) susulan kemelut yang melanda gabungan pembangkang itu.
Cadangan itu dibuat beberapa penganalisis politik selepas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan hasrat menubuhkan gabungan baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos.
Menurut penganalisis, Gerakan dan MIPP lebih sesuai bersama Bersatu kerana kedua-dua parti berbilang kaum itu dilihat sukar berkembang jika terus berada dalam PN yang kini didominasi PAS.
Sebelum ini, PAS menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu, namun kedua-dua parti masih kekal sebagai komponen PN.




