Dunia

YouTube pula dalam senarai larangan remaja bawah 16 tahun di Australia

Kerajaan Australia kini memasukkan YouTube ke dalam senarai platform media sosial yang dilarang untuk remaja bawah 16 tahun, berkuat kuasa Disember ini.

Langkah ini diambil selepas kaji selidik mendapati YouTube mencatatkan kadar tertinggi kandungan berbahaya yang dilihat oleh pengguna bawah umur, iaitu 37 peratus.

YouTube sebelum ini berhujah bahawa platformnya lebih kepada laman perkongsian video dan bukan media sosial, namun kerajaan tetap bertegas atas dasar perlindungan kepada kanak-kanak.

Larangan ini tidak melibatkan penggunaan YouTube oleh ibu bapa dan guru untuk tujuan pembelajaran, tetapi remaja tidak dibenarkan memiliki akaun sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker