Hiburan
Fattah Amin persoal kebocoran maklumat, nafi dakwaan tak bayar yuran Fatima

Pelakon Fattah Amin tampil memberi respon terhadap dakwaan dirinya tidak membayar yuran anaknya, Nur Fatima Aisya. Isu itu menjadi perhatian selepas satu dakwaan tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi perkongsiannya, Fattah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa menjadi mangsa fitnah daripada sebuah akaun di platform Threads. Dia turut mempersoalkan bagaimana maklumat peribadi berkaitan perkara itu boleh tersebar kepada umum.
Fattah berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan dan memilih untuk tidak memberi komen terhadap baki isu yang dibangkitkan.




