Hiburan
“Kalau rasa diri hebat, ingat akan ada yang lebih hebat” – Anzalna Nasir tegur sikap sombong

Pelakon Anzalna Nasir tampil menegur sikap sombong yang menurutnya bukan hanya berlaku dalam kalangan artis, tetapi boleh wujud dalam diri sesiapa sahaja tanpa mengira status.
Menerusi hantaran di Threads, Anzalna berkata tiada sebab untuk seseorang berasa terlalu hebat hanya kerana memiliki kekayaan, rupa paras atau kepandaian.
Menurutnya, akan sentiasa ada individu lain yang lebih kaya, lebih cantik dan lebih bijak, justeru semua orang perlu sentiasa merendah diri.
Anzalna turut mengakui dia juga mempunyai had kesabaran apabila berdepan individu yang berulang kali menunjukkan sikap dingin dan angkuh.




