Malaysia

30 Jun penentu nasib Syed Saddiq, Mahkamah Persekutuan bakal putus rayuan akhir pendakwaan

Mahkamah Persekutuan menetapkan 30 Jun ini untuk menyampaikan keputusan berhubung rayuan terakhir pihak pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam kes pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Armada Bersatu.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengesahkan perkara itu dan memaklumkan tarikh keputusan tersebut disampaikan menerusi surat rasmi daripada Mahkamah Persekutuan kepada Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar.

Pada 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta terhadap Syed Saddiq selepas disabitkan bersalah.

Namun, pada 25 Jun tahun lalu, Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan beliau dan mengetepikan sabitan serta hukuman tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker