Dunia

Thailand pertimbang pendekkan tempoh pelancong tanpa visa kepada 30 hari

Kerajaan Thailand sedang mempertimbangkan untuk memendekkan tempoh visa pelancong tanpa visa daripada 60 hari kepada 30 hari atas faktor keselamatan.

Cadangan oleh Kementerian Luar Thailand itu dibuat susulan laporan penyalahgunaan kemudahan visa oleh pelawat asing untuk tujuan selain pelancongan.

Langkah berkenaan dijangka tidak menjejaskan sektor pelancongan, sebaliknya memperkukuh kawalan keselamatan negara.

Jika dilaksanakan, tempoh tinggal pelancong asing akan menjadi lebih singkat, sekali gus mengehadkan aktiviti jangka panjang yang berisiko disalah guna.

Dalam perkembangan lain, kementerian turut mempercepat proses pasport dan memperluas pusat perkhidmatan, selain memberi tumpuan kepada bantuan rakyat Thailand di luar negara termasuk pemindahan pulang dari kawasan konflik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker