Dunia
Harga minyak dunia mula turun! Ia ekoran persetujuan rundingan AS-Iran

Harga minyak global menurun apabila minyak mentah Brent susut sekitar AS$97–98 setong, didorong harapan baharu terhadap usaha diplomatik meredakan ketegangan di Asia Barat.
Penurunan itu dipengaruhi laporan rundingan bagi menstabilkan rantau berkenaan serta cadangan Amerika Syarikat kepada Iran untuk menyelesaikan konflik dan mengelakkan gangguan bekalan.
Sebelum ini, harga sempat meningkat susulan pendirian Iran yang menafikan rundingan serta memberi isyarat tidak akan memulihkan laluan perkapalan di Selat Hormuz.




