Dunia

Konflik Asia Barat: Tiada petanda jelas AS dan Iran berunding, hanya dakwaan

Presiden Donald Trump mendakwa Amerika Syarikat dan Iran kini terlibat dalam rundingan aktif bagi menamatkan konflik, termasuk menangguhkan ancaman serangan terhadap infrastruktur tenaga Tehran.

Beberapa pegawai kanan AS seperti JD Vance dan Marco Rubio dilaporkan terlibat dalam usaha diplomasi, bersama saluran komunikasi tidak langsung melalui wakil lain.

Namun, Iran menafikan sebarang rundingan sedang berlangsung, sekali gus memperlihatkan percanggahan ketara antara kedua-dua pihak.

Dalam masa sama, usaha diplomasi pihak ketiga termasuk Pakistan turut digerakkan bagi meredakan ketegangan.

Setakat ini, hala tuju rundingan masih tidak jelas di tengah tekanan geopolitik yang berterusan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker