Malaysia

Remaja lelaki maut terjatuh dari apartmen di Shah Alam

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen di Seksyen 19, Shah Alam, petang semalam.

Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri sekitar 4.20 petang sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam, namun disahkan meninggal dunia pada 5.40 petang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ramsay Embol memaklumkan laporan diterima pada 6.44 petang. Siasatan awal mendapati mangsa pada awalnya dipercayai jatuh dari tingkat lima, namun siasatan lanjut menunjukkan kemungkinan dari tingkat tujuh.

Bedah siasat dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat atau Ketua Polis Balai Seri Muda, Zulhusni Hasani bagi membantu siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker