Dunia

Logo polis Singapura disalah guna, mangsa diperdaya bayar ‘denda’

Polis Singapura memberi amaran mengenai penipuan phishing yang kembali menggunakan logo Singapore Police Force (SPF) menerusi paparan pop-up palsu di peranti mangsa.

Paparan itu mendakwa peranti mangsa telah dikunci kerana mengakses laman web berunsur kandungan haram berulang kali. Mangsa kemudian diarahkan membayar denda dalam tempoh beberapa jam, kononnya untuk membuka semula peranti.

Penipu turut menggunakan pemasa kira detik bagi mendesak mangsa memasukkan maklumat kad bank. Mangsa hanya menyedari ditipu selepas berlaku transaksi dalam mata wang asing tanpa kebenaran, yang dalam beberapa kes melebihi jumlah denda yang didakwa.

Polis Singapura menegaskan mereka tidak mengunci komputer atau komputer riba dari jarak jauh dan tidak meminta bayaran melalui pop-up.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker