Jalan raya di Malaysia antara 25 terbaik dunia, setaraf Finland dan Jerman

Malaysia tersenarai antara 25 negara terbaik dunia dari segi kualiti jalan raya berdasarkan penarafan antarabangsa terkini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam aspek infrastruktur pengangkutan darat.
Menerusi Road Quality Score, Malaysia mencatat skor 5.3, setanding beberapa negara maju seperti Jerman dan Finland.
Pencapaian itu meletakkan negara ini sebaris dengan kuasa ekonomi global dari sudut kualiti rangkaian jalan raya.
Singapura mendahului senarai dengan skor 6.5, diikuti Belanda, Switzerland dan Jepun masing-masing pada 6.4, dengan negara Eropah dan Asia Timur terus mendominasi kedudukan teratas.
Kedudukan Malaysia dianggap signifikan dalam kalangan negara membangun, didorong oleh jaringan lebuh raya moden, penyelenggaraan berterusan serta pelaburan dalam sistem pengangkutan pintar.




