Malaysia

Yakin betul beli emas pakai wang palsu RM30,000

Cubaan seorang lelaki membeli barangan kemas menggunakan wang palsu bernilai kira-kira RM30,000 terbongkar di sebuah kedai emas di Chabang Tiga, Kuala Terengganu, pada Khamis.

Kejadian berlaku sekitar jam 3.10 petang apabila suspek berusia awal 30-an datang bersendirian ke premis berkenaan dan berurusan membeli beberapa barangan kemas.

Ketika jurujual memeriksa wang tunai yang diserahkan, wang berkenaan didapati mencurigakan sebelum suspek bertindak agresif dan melarikan diri.

Suspek meloloskan diri menaiki sebuah Perodua Axia biru gelap yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Polis mengesahkan tiada kerugian dialami dan kes disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan kerana menggunakan wang palsu.

Rakaman kamera litar tertutup sedang dikumpulkan bagi membantu siasatan, manakala orang ramai serta peniaga diingatkan supaya lebih berwaspada terhadap transaksi tunai mencurigakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker