Malaysia
PAS gesa kerajaan adakan sidang khas Parlimen bahas misi GSF

Kerajaan digesa mengadakan sidang khas parlimen bagi membahaskan penahanan 23 rakyat Malaysia bersama peserta antarabangsa misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) oleh Israel.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sesi khas itu seeloknya diadakan sempena sidang parlimen yang bermula Isnin depan.
Ia bagi membolehkan satu ketetapan rasmi Parlimen Malaysia dibuat sebagai suara kolektif seluruh rakyat oleh wakil rakyat mereka.
Terdahulu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata Malaysia memohon bantuan Turki untuk membawa keluar 23 aktivis itu termasuk diplomasi dengan negara sahabat bagi menyelamatkan mereka yang ditahan.




