Malaysia

Abang maut dipukul tukul, adik disyaki terbabit

Seorang lelaki berusia 43 tahun maut dipercayai akibat dipukul dengan tukul dalam kejadian di Kampung Tasek, hari ini.

Mangsa, Mohd Nasir Ismail, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. Adiknya berusia 42 tahun, yang dilaporkan mempunyai sejarah masalah kesihatan mental, disyaki terbabit.

Ibu mangsa, Hasnah Sulong, 63, berkata beliau terdengar jeritan dan bunyi pergaduhan sebelum suaminya menemui Nasir dalam keadaan berlumuran darah.

Seorang lagi anaknya, Rurazmiza, 36, turut mengalami kecederaan di belakang ketika cuba meleraikan pergaduhan. Ketua Polis Marang, Superintendan Saari Mohamed, mengesahkan kejadian tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker