PERKESO mahu beri kesedaran penuh buat rakyat, majikan di Festival Mega I LINDUNG U

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyeru orang ramai untuk hadir ke Festival Mega I LINDUNG U 2025 di perkarangan Stadium Shah Alam yang berlangsung hari ini sehingga Ahad.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata festival itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penjenamaan semula empat akta di bawah LINDUNG.
Orang ramai turut diseru untuk mengambil peluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma, termasuk saringan kanser percuma oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA).
Selain itu, Festival ini turut menampilkan Karnival LINDUNG Kerjaya MYFuture Jobs, yang menawarkan hampir 1,000 peluang pekerjaan dengan gaji sehingga RM10,000.
Tambahnya, festival yang diadakan di Lembah Klang itu menyasarkan kehadiran lebih 70,000 pengunjung sebelum ia diperluas ke negeri-negeri lain termasuk Pulau Pinang pada akhir tahun ini.




