Malaysia

Elak bayar RM2.60 seliter, kutipan saman orang awam cecah RM1.3 juta – JPJ

Pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) memberi kesan langsung kepada pesalah trafik apabila ribuan yang culas melunaskan saman akhirnya tampil menyelesaikannya.

Semalam sahaja, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip RM1.3 juta hasil bayaran 8,300 notis saman, termasuk kesalahan memandu melebihi had laju yang direkodkan melalui Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas).

Sehingga kini, kutipan keseluruhan bagi tempoh lapan bulan mencecah RM132 juta.

Di bawah syarat BUDI95, hanya rakyat Malaysia dengan lesen memandu sah layak menikmati harga subsidi petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter.

Tunggakan saman pula akan menghalang pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan.

Program ini bermula pada 27 September lalu melibatkan kira-kira 16 juta rakyat Malaysia yang layak.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker